CERDIK PANDAI MENGINTAI BLOG ✿ ASSALAMUALAIKUM . PRAY FOR ME TO BE ONE OF THE BRILLIANT ENGINEER . THANKS FOR READING MY BABBLER . LOVE U ALL ✿

Tuesday 7 February 2012

MERAH CINTA EPAL




Kerana sebiji epal merah, Ekhmal telah benar-benar jatuh cinta dengan gadis pujaan hatinya dan kerana sebiji epal merah jugalah mereka bertemu semula.

Kerana sebiji epal merah, Irdina terpaksa berlakon sebagai tunang Ekhmal. Pelbagai dugaan terpaksa ditempuhi. Dia terpaksa berdepan dengan mama Ekhmal, Puan Sri Hasmiza yang amat cerewet dan mementingkan darjat. Dia juga terpaksa berdepan dengan sepupu Ekhmal, Balkhis yang sepatutnya dijodohkan dengan Ekhmal. Dia juga terpaksa mengikut ‘rentak tarian’ Ekhmal yang amat spontan hingga hampir-hampir membongkar rahsia mereka berdua.

Apabila Ekhmal dan Irdina benar-benar jatuh cinta, Hasmir hadir memusnahkan pelangi indah yang mewarnai hidup Ekhmal dan Irdina. Keadaan semakin keruh apabila Balkhis turut sama bersekongkol dengan Hasmir demi mendapatkan semula Ekhmal. Kehadiran Isma merumitkan lagi keadaan.

Bagaimanakah masalah yang berselirat ini dapat dileraikan? Bisakah Ekhmal dan Irdina menyulam cinta di mahligai bahagia? Hasmir… berjayakah dia menggapai cinta daripada Irdina? Balkhis… dapatkah dia merebut semula Ekhmal dari tangan Irdina? Puan Sri Hasmiza… dapatkah dia menerima Irdina sebagai menantunya? Apakah kaitan Isma yang tiba-tiba ingin mencampak Irdina ke lembah derita? Segala-galanya bisa terjawab dalam MERAH CINTA EPAL.




Oke , novel ni antara novel terbaru untuk februari 2012 . Myra nak kongsi dengan korang semua sinopsis novel ini sebab novel yang " simple but very nice " ne sangat best dan memang tak membosankan bila baca . Setiap scene novel ni sangat menarik oke tak tipu tao - hehe ツ - yang bestnya penulis novel ni lelaki [ ridha reewani ] sebab tuh myra tertarik untuk beli walaupun sekarang ni macam-macam laman web yang ada untuk kita baca secara online free pulak tuh . So apa lagi ??? Cepat laa p baca  (◕‿-)

Sememangnya .. * Rasa chenta kita seperti manisnya epal merah *

# dah lama tak baca novel bila dapat voucer buku free terus layan novel macam zaman sekolah balik - HAHAH - TQ - novel pertama myra baca masa darjah 6 --> lagenda budak setan by ahadiat akashah #

0 00 give BIG HUG to myra ღ: