CERDIK PANDAI MENGINTAI BLOG ✿ ASSALAMUALAIKUM . PRAY FOR ME TO BE ONE OF THE BRILLIANT ENGINEER . THANKS FOR READING MY BABBLER . LOVE U ALL ✿

Monday 30 January 2012

♥ mama ♥


 Air Mata Ibu

Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu

Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu

Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu

Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus

Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda...
Duhai ibu

Setiap detik myra akan rindukan mama myra . Mama terlalu baik terlalu ambil berat . I love mama more than everything . 

Sunday 29 January 2012

GOODBYE " Semester Break "


Temanteman ^^ sedihnya rasa . agak tacing yer entry kali ni sebab cuti semester myra dah habis . dah cukup seminggu pown .


Haaa !! cuti sem seminggu ja ??
Iye laaa - sebab myra ada topup course a.k.a short sem di UniMAP

Soalan ni semua orang dah tanya . kenapa myra cuti sem seminggu ja orang lain semua cuti sebulan .

Sedihnyaaa teramat sangat sebab tak puas lagi cuti . 
Stress final exam sem lepas pown tak hilang lagi then esok ( 30/1/2011 ) myra dah start kelas .

My class will be start on 30 january until 12 february ( directly oke ) without any gap . Topup course final exam will start on 14 february & 16 february .

Then the new semester will start on 20 february -- wahhhh sangat " happy " schedule yang padat macam ne || senyum lebar ||

Be patient myra !! nama pown engineer to be --> mana boleh cepat putus asa .
Ayat ni bagi semangat kat diri sendiri oke - sebab dah banyak kali hampir giveup .

One and half year i will finish my degree 

Doakan myra yer temanteman supaya mampu bertahan dan habis belajar dengan result yang baik Insyaallah 

My fav quote || The semester break is a convenient time for families to love each other

p/s : tak sabar nak tengok AJL 26 malam ini . 

First Giveaway By Butik fiQ'Ra


adek somel gadispinky dah tag myra untuk satu giveaway so myra join GA oke
bila join GA ne kita boleh membantu Butik fiQ'Ra establishkan business online mereka 

so apa lagi ,, JOIN CEPAT sebelum terlambat !


# classic banner || sangat santek #

* si manis yang ditag || wafairdina linda zetty *

awak ,, klik sini & sini - terimakaseh 

i'm sorry sayang

aduhhhh ~ tak boleh nak pejam mata lagi 
asyik teringatkan sijantungpisanghati 
ohhh tidakkkk ! myra dah buat si dia sangat risau harini
sorry syg i tak tao yang u akan risau - really sorry oke :-(




# muka gegeh macam ni suka sangat oke - HAHAH #
# i love u like three years ago and in the next next next other years mysayang #
* p/s || jangan marahmarah lagi tao *

Saturday 28 January 2012

CANDID PHOTO GIVEAWAY

BW BW BW pastuh terjumpa giveaway lagi - macam biasa laa kan benda yang best comfirm comfirm laa kita excited nak join - angguk angguk angguk !

GA dianjurkan secara rasminya oleh si gadish santek fitryna

tajuk pown dah candid photo kan so myra kasi gambaq candid bawah ne laa 

mana laa tao kan kalau ada rezeki boleh dapat hadiah menarik - waweee SUKA
tak percaya ? haa tengok hadiah kat pintu ini pintu ini
tapi kalau bukan rezki myra - congrats kepada yang menang tao ;-)

5 calon belogger kachak yang ditag oleh myra somot adalah - jeng jeng jeng (。♥‿♥。)


❤ huny huny mintak tolong tekan sini jap - tenkiu 

Friday 27 January 2012

SEGMEN BLOGWALKING & CLICKING BY FARAH


ingin sertai bersama myra --> tekan kuat kuat sini syg
...............................................................................................................................................................................................
borang penyertaan myra : 

nama || amira osman

umur || aiyooo ~ suda menghampiri 23 tahun - tapi nampak macam baru habes spm ja kan ?? ngeee - kalau betol nah ambik hadiah kat sini & sini & sini

tarikh lahir || 29 november 1989 [ kasi hadiah --> teddypanda yang paling besar pown dah suka tao ]

brpa lama myra berblog || tak ingat la maybe 2009 kowt my belog bersarang tnpa sebarang touch up - ini kira second belog since october 2011 --> baru aktif balik - oke cepat2 kira [ i love mathematics damn much ]

harapan myra || suatu hari akan menjadi brilliant engineer + businesswoman - doakan myra temanteman - AMIN
.............................................................................................................................................................................................
* sangat SUKA background belog cik farah - kalau tak percaya sila lihat sini cepat  *

# disebabkan petang ne tak berapa nak rajin tulis bebanyak sangat so myra ikot jela apa yang cik farah somel kita nak # - hehe (◕‿-)

BERSAHABAT ??? ada SYARATNYA

Syarat-syarat kita bersahabat :

1. Kalau mereka susah, memerlukan bantuan, kenalah kita bantu sama ada dengan wang ringgit, tenaga mahupun nasihat dan pandangan kita.

2. Kalau mereka meminta sesuatu, kenalah kita beri. Jika kita tidak mampu, minta maaflah kepadanya.

3. Kenalah ziarah selalu dan lihat-lihatlah apakah yang perlu kita bantu.

4. Sewaktu ke rumahnya, bawalah buah tangan.

5. Berilah hadiah terutama di waktu-waktu yang sesuai seperti mereka mendapat anak, waktu perkahwinan dan sebagainya.

6. Di waktu sakitnya kenalah ziarah dan doakan kesembuhannya.

7. Di waktu mereka mendapat sesuatu yang menggembirakan, hendaklah kita juga lahirkan kegembiraan.

8. Di waktu mereka mendapat sesuatu kesusahan dan kesedihan, hendaklah kita juga melahirkan rasa kesedihan dan kesusahan sama.

9. Kebaikannya selalulah kita puji di belakangnya.

10. Kecacatan dan kekurangan atau keaibannya dan keluarganya, hendaklah kita tutup. Ertinya kita jangan mengumpatnya.

11. Kalau ada orang lain mengumpatnya di hadapan kita, kenalah nasihat orang itu atau kita tinggalkan majlis itu.

12. Kalau dia mengajak kita menemaninya ke mana-mana, kenalah kita menerimanya kecuali kalau ada keuzuran yang tidak dapat dielakkan.

13. Kalau dia menjemput ke majlis, wajib kita menerima jemputannya.

14. Kenalah ziarah serta mengambil perhatian keluarganya selepas matinya.

15. Kenalah ziarah sahabat baiknya. Kalau boleh mengambil perhatian kehidupan keluarga mereka selepas matinya.

16. Selalu mendoakannya di luar pengetahuannya atau bukan di majlisnya.

17. Berilah kemaafan di atas kesalahan terhadap kita.

18. Mintalah maaf kepadanya di atas kesalahan dan kekurangan dan kelemahan diri dalam menunaikan tanggungjawab terhadapnya.

# terasa sangat kerdil diri ini sebab di usia 23tahun aku masih belum mengerti sepenuhnya maksud persahabatan #

Thursday 26 January 2012

contest warna hidupku

tudiaaa myra join contest lagi - oke tak payah cherita banyak dah orang buat contest kan apa salahnya kita membantu mereka dengan menjoinkan diri dalam contest ne - iye dakk - cepatcepat melibatkan diri dalam contest adek somel --> niera 

oke nak join jugak ??? meh picit SINI &  sini

sory kalau gambaq tak kreatif [ kalau takmo tengok tutup mulut yer huny  ]
❝ haa gambaq bawah ni tao ❞

berbalik kepada tajuk yer temanteman 
warna hidupku || suda semestinya merahjambu
kalau tak bagitau pown mesti dah tao jugak kan [ ayat macam perasan ja noh - HAHAH ] - bukannya pashmina ja tapi kasut , jam , beg boleh dikatakan segalanya merahjambu sebab merahjambu sangat soft color nya kan ? mesti ramai peminat pink setuju (◕‿-)

comel comel comel || anda ditag oleh myra

# gudluck kepada diri seniri & semua yang menjoinkan diri - hehe #

SUSAHNYA mencari SAHABAT


Di akhir zaman ini, di antara perkara yang susah hendak dicari, bahkan hampir mustahil untuk didapati ialah mencari sahabat. Untuk mencari kenalan adalah mudah. Nafsu dan sifat yang ada di dalam diri manusia itu yang kadangkala menjadi punca payah hendak bersahabat atau setelah bersahabat, pecah semula kerana perangai negatif masing-masing.

Bersahabat tidak sama dengan berkawan. Berkawan itu ikatan di antara manusia yang agak longgar. Mungkin kawan sepermainan sahaja. Diikat oleh permainan yang sama. Mungkin kawan sekerja. Di luar waktu kerja, tidak lagi berkawan. Sekadar itu sahaja. Mungkin kawan separti. Di luar parti, tiada kawan lagi. Mungkin kawan senasib. Apabila nasib sudah tidak sama, hilanglah kawan. Masing-masing membawa nasib. Selepas itu tidak ingin pun hendak bertemu lagi.

Memang untuk mendapat seorang sahabat amat payah. Terlalu sulit. Buktinya dari pengalaman kita, sama ada diri kita atau orang lain, tidak ada yang dapat berkawan dengan seseorang itu berpanjangan. Adakalanya kita boleh berkawan waktu sama-sama bersekolah di sebuah sekolah. Selepas habis persekolahan, tidak pun ingin bertemu.

Ertinya susah sekali kita melihat seseorang itu bersahabat dengan seseorang sampai ke hujung. Yang sempadannya adalah mati. Sekalipun sudah menjadi lumrah atau budaya, selalu sahaja seseorang itu berkata: "Dia ini sahabat saya".

Manusia yang banyak kawan, lebih ceria dan riang hidupnya daripada orang yang hidup bersendirian. Sebab itulah tabiat manusia suka berkawan. Walaupun begitu manusia ini selalu sahaja dapat kawan dan kemudian hilang kawan. Kawan silih berganti. Payah hendak kekal hingga mati.


my bff nur syazwana || hope our friendship will last forever - loveyou (。♥‿♥。) 

Wednesday 25 January 2012

MENGATASI MASALAH SUKAR TIDUR MALAM


SUSAH UNTUK LELAPKAN MATA ???
SUSAH UNTUK TIDUR MALAM ???

haa jum kita try cara ni temanteman ,, mana tao boleh membantu kita untuk lelapkan mata dengan mudah ツ 

1. Tetapkan waktu tidur yang sama setiap malam

Waktu tidur sangat penting dalam memberikan tidur yang baik kepada kita . Sebaiknya kita menetapkan waktu tidur yang sama setiap malam . Kalau malam ini kita tidur pukul 12 malam, esok pun kita kena tidur pada waktu sama . Begitulah juga pada hari-hari seterusnya . Ini untuk menetapkan tabiat positif dalam diri kita . [ walaupon susah sebenarnya kan kita nak buat benda macam ni ]

2. Membaca doa sebelum tidur

Seharusnya kita digalakkan untuk tidur dalam keadaan tenang & mendapat keberkatan-Nya . Berzikir dan berdoalah supaya hati menjadi tenang dan tenteram . InsyaAllah 

3. Pastikan tempat tidur dalam keadaan baik

Faktor persekitaran tersangatlah penting kan temanteman . Kalau takda aircon pown sekurangnya ada jugak  kipas kan supaya kita tak rasa panas . Pastikan tempat tidur kita selesa tao , yelaa tak kan kita nak tidur dalam keadaan kotor + busuk + dan lain lain pulak kan . 


4. Tutup semua sumber cahaya

Cahaya terang salah satu punca utama yang menyebabkan kita tak boleh tidur. Myra sendiri memang susah nak tidur kalau cahaya lampu ada lagi .  So, kita mesti tidur dalam keadaan yang gelap. Tutup semua lampu dalam bilik kalau boleh. Kalau takda cahaya lampu lagi senang kita nak lelapkan mata ye dak .

5. Kosongkan fikiran daripada semua perkara

Oke benda ne laa yang paling penting sekali di dunia ini . hehee . Iyela kan semua orang ada banyak masalah yang bermain main di fikiran masing masing . Dalam masa sama semestinya menjadikan kita sangat susah nak pejam mata sebab asyik terfikirkan masalah masalah itu - wahhh - Walaupun susah untuk melupakannya kita tetap kena cuba untuk menghindarinya wahai temanteman . Kasihan laa pada otak kita yang asyik berfungsi 24jam tanpa henti . So, kita kena bagi otak kita waktu untuk rehat sama . Betol kan ? Kalau betol tepuk tangan 

# pesanan ini untuk mereka mereka yang sukar tidur macam myra malam ne - kbaii - nak try tidur jugak walau macam mana skali pown - nunyte (。♥‿♥。) #

SEGMEN: SAYA BLOGGER BAHARU!

memandangkan myra adalah blogger baru dengan ini secara rasminya myra join segmen : saya blogger baharu !



baek sungguh hati cik lyeen kita ne sebab sudi membantu blogger blogger baru seperti myra untuk menambah kenalan : betol dak teman teman ?? --> ❝ betol ❞
kalau betol klik SINI & SINI

oleh itu myra menyeru semua blogger baru join segmen ne oke !
boleh laa kita pakat pakat saling mengeratkan silaturahim - peewwiitt (◕‿-)

last date || 27/01/2012

mereka yang ditag || awak awak dan awak

# mesti ada yang kata myra keja join segmen ja kan - besala budak baru belajaq !! kena join laa untuk tambah kenalan ツ - okbaii #

* bukan semua orang boleh terima kita seadanya ,, begitu jugak sebaliknya *

Tuesday 24 January 2012

GIVE AWAY ANIS ANIESA




temanteman !! jum cepat kita join GA anis aniesa si gadish somel ne ツ 

kenapa perlu join ???

1. sebab kita boleh membantu anis untuk mempromosikan business online dye
2. hadiah sememangnya menarik tao || nak tegok klik sini
3. perkhidmatan online yang ditawarkan jugak sangat baik oke - cuba lihat SINI

haa ,, tunggu apa lagi cepat laa join sebelum 23/02/2012

myra tag si gadish menawan --> nur ain
....................................................................................................................................................................

# p/s : sangat terharu [ tudiaaaa ] sebab belog myra yang huduh + tak seberapa ni tersenarai dalam belog pilihan ben ashaari semalam - HAHAH - tenkiu abg ben #

Monday 23 January 2012

Follower --> 100 || congrats ツ


takmo bebel banyakbanyak just straight to the point oke
wahhhh !!! tahniah kepada my 100th followers
biasalah belog baru dan tak seberapa mestilah followers pown baru sikit oke 
myra bukannya belogger handalan macam u olls - HAHAH


jum ramai ramai kita view belog --> puteri nur afiqah sebab :

1. belog dye somel mcm tuan empunya belog ツ 
2. biru color & simple = wahhh santek tao ツ 
3. boleh ramaikan lagi kenalan - ini yang paling penting kan ツ 

 haaa cepat laa serbu belog dye !! happy blogwalking 

p/s : adek puteri nur afiqah kalau nak claim topup RM5 pm fesbuk kak myra tao (◕‿-)

* sila klik benda ni & benda ni temanteman *

indahnya menjadi W.A.N.I.T.A


Allah berfirman || " Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa "

" Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia , namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

" Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

" Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

" Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

" Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "

" Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila pun ia perlukan "

" Kau tahu , kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

 " Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya kerana itulah pintu hatinya.. Tempat dimana cinta itu ada "
# Ya Allah .. sungguh mulianya menjadi seorang wanita dan betapa agungnya wanita di sisi Yang Maha Esa #
tetapi
# bukan mudah untuk menjadi seorang wanita yang benarbenar baik akhlaknya tanpa sebarang cacat cela - samasamalah berdoa suatu hari nanti terbuka pintu hati untuk menjadi antara yang terbaik di sisi-Nya - insyaAllah #

* cuba tekan sini dan  tekan sini awak *

Sunday 22 January 2012

Segmen | Hobi Saya: Blogwalking+Follow



myra merajinkan diri jejalan kat merata tapak belog then jumpa satu segmen yang menarik - heee
apa lagi ..... join jelaaa - tambahan pula si empunya segmen ni nama dia hampir sama dengan nama myra - tudiaaa ayat macam karangan keluaq dah - HAHAH

sejak dua menjak tiga menjak ni rajin pulak myra dok join segala segmen ni kan (◕‿-)

last date segmen ni sama dengan || 23 01 2012 
haaa tinggal sehari je lagi - takpe laaa sekurangnya kita boleh tambah kenalan 

❀ kan kan kan ❀


kalian kalian kalau nak join cepat cepat TEKAN SINI sebelum 1159 p.m esok 

gadish yang ditag oleh myra || si somel dyla & si somel fatin

# belog kamoo --> mimie michiko = sangat somel #

* klik SINI tau SINI JUGAK oke dan SINI *

Burung pun tahu erti KASEH SAYANG



Di sini ada satu cherita yang sememangnya menyentuh hati & perasaan untuk dikongsi. 
..........................................................................................................................................
kisah sepasang burung layang-layang yang sangat tersentuh hati 
...........................................................................................................................................
Si Betina tercedera. Keadaannya sangat teruk. Dia baru sahaja dilanggar oleh sebuah kereta dan tidak boleh terbang. Sayapnya tidak boleh digunakan untuk terbang lagi. Dia menunggu bantuan.
“Tolong..!! Tolong..!!” jerit burung tersebut.
Akhirnya, kekasihnya yang terchenta datang !! Dia membawa makanan dan memberi makan kepada kekasihnya dengan penuh kasih sayang.
Kemudian dia datang lagi beri makan untuk kali kedua tetapi malang sekali kerana kekasihnya sudah tidak bernafas lagi.
Dia cuba untuk menggerak-gerakkan kekasihnya. Dia telah mencuba dengan sebaik mungkin untuk memberikan kekasihnya hidup kembali.
Tetapi ,, alangkah sedihnya kekasihnya itu sudah tidak bergerak lagi ..
Menyedari kekasih hatinya itu sudah mati, dia meraung dengan sekuat hati kerana dia tidak dapat berjumpa dengannya lagi.
Dia duduk di sebelah kekasihnya dan berdoa .. agar kekasih kesayangannya itu dapat hidup kembali. Dia sangat menyayangi kekasihnya itu .. sangat sedih dan sebak untuk menerima kenyataan yang kekasihnya sudah pergi untuk selama-lamanya ..
Akhirnya setelah dia menyedari yang kekasihnya tidak akan kembali kepadanya lagi, dia pasrah atas apa yang terjadi. Dalam hatinya, mungkin ada hikmah di sebalik yang terjadi itu ..

fakta || swan sangat setia - kalau seekor mati , tak lama kemudian pasangannya juga akan mati

# haiwan pown ada hati dan perasaan kan - apatah lagi manusia ??? #

# hargailah mereka yang masih ada bersama kita #

* awak !! tekan INI & INI *