CERDIK PANDAI MENGINTAI BLOG ✿ ASSALAMUALAIKUM . PRAY FOR ME TO BE ONE OF THE BRILLIANT ENGINEER . THANKS FOR READING MY BABBLER . LOVE U ALL ✿

Wednesday, 25 January 2012

MENGATASI MASALAH SUKAR TIDUR MALAM


SUSAH UNTUK LELAPKAN MATA ???
SUSAH UNTUK TIDUR MALAM ???

haa jum kita try cara ni temanteman ,, mana tao boleh membantu kita untuk lelapkan mata dengan mudah ツ 

1. Tetapkan waktu tidur yang sama setiap malam

Waktu tidur sangat penting dalam memberikan tidur yang baik kepada kita . Sebaiknya kita menetapkan waktu tidur yang sama setiap malam . Kalau malam ini kita tidur pukul 12 malam, esok pun kita kena tidur pada waktu sama . Begitulah juga pada hari-hari seterusnya . Ini untuk menetapkan tabiat positif dalam diri kita . [ walaupon susah sebenarnya kan kita nak buat benda macam ni ]

2. Membaca doa sebelum tidur

Seharusnya kita digalakkan untuk tidur dalam keadaan tenang & mendapat keberkatan-Nya . Berzikir dan berdoalah supaya hati menjadi tenang dan tenteram . InsyaAllah 

3. Pastikan tempat tidur dalam keadaan baik

Faktor persekitaran tersangatlah penting kan temanteman . Kalau takda aircon pown sekurangnya ada jugak  kipas kan supaya kita tak rasa panas . Pastikan tempat tidur kita selesa tao , yelaa tak kan kita nak tidur dalam keadaan kotor + busuk + dan lain lain pulak kan . 


4. Tutup semua sumber cahaya

Cahaya terang salah satu punca utama yang menyebabkan kita tak boleh tidur. Myra sendiri memang susah nak tidur kalau cahaya lampu ada lagi .  So, kita mesti tidur dalam keadaan yang gelap. Tutup semua lampu dalam bilik kalau boleh. Kalau takda cahaya lampu lagi senang kita nak lelapkan mata ye dak .

5. Kosongkan fikiran daripada semua perkara

Oke benda ne laa yang paling penting sekali di dunia ini . hehee . Iyela kan semua orang ada banyak masalah yang bermain main di fikiran masing masing . Dalam masa sama semestinya menjadikan kita sangat susah nak pejam mata sebab asyik terfikirkan masalah masalah itu - wahhh - Walaupun susah untuk melupakannya kita tetap kena cuba untuk menghindarinya wahai temanteman . Kasihan laa pada otak kita yang asyik berfungsi 24jam tanpa henti . So, kita kena bagi otak kita waktu untuk rehat sama . Betol kan ? Kalau betol tepuk tangan 

# pesanan ini untuk mereka mereka yang sukar tidur macam myra malam ne - kbaii - nak try tidur jugak walau macam mana skali pown - nunyte (。♥‿♥。) #

2 00 give BIG HUG to myra ღ:

miss inna said...

inna suka nak tidor bila byk perkara yg bermain dlm fikiran inna...hehe1

myrapinky michiko said...

@miss inna wahhh mcmtuh pulak eyh . hehe