CERDIK PANDAI MENGINTAI BLOG ✿ ASSALAMUALAIKUM . PRAY FOR ME TO BE ONE OF THE BRILLIANT ENGINEER . THANKS FOR READING MY BABBLER . LOVE U ALL ✿

Thursday 26 January 2012

SUSAHNYA mencari SAHABAT


Di akhir zaman ini, di antara perkara yang susah hendak dicari, bahkan hampir mustahil untuk didapati ialah mencari sahabat. Untuk mencari kenalan adalah mudah. Nafsu dan sifat yang ada di dalam diri manusia itu yang kadangkala menjadi punca payah hendak bersahabat atau setelah bersahabat, pecah semula kerana perangai negatif masing-masing.

Bersahabat tidak sama dengan berkawan. Berkawan itu ikatan di antara manusia yang agak longgar. Mungkin kawan sepermainan sahaja. Diikat oleh permainan yang sama. Mungkin kawan sekerja. Di luar waktu kerja, tidak lagi berkawan. Sekadar itu sahaja. Mungkin kawan separti. Di luar parti, tiada kawan lagi. Mungkin kawan senasib. Apabila nasib sudah tidak sama, hilanglah kawan. Masing-masing membawa nasib. Selepas itu tidak ingin pun hendak bertemu lagi.

Memang untuk mendapat seorang sahabat amat payah. Terlalu sulit. Buktinya dari pengalaman kita, sama ada diri kita atau orang lain, tidak ada yang dapat berkawan dengan seseorang itu berpanjangan. Adakalanya kita boleh berkawan waktu sama-sama bersekolah di sebuah sekolah. Selepas habis persekolahan, tidak pun ingin bertemu.

Ertinya susah sekali kita melihat seseorang itu bersahabat dengan seseorang sampai ke hujung. Yang sempadannya adalah mati. Sekalipun sudah menjadi lumrah atau budaya, selalu sahaja seseorang itu berkata: "Dia ini sahabat saya".

Manusia yang banyak kawan, lebih ceria dan riang hidupnya daripada orang yang hidup bersendirian. Sebab itulah tabiat manusia suka berkawan. Walaupun begitu manusia ini selalu sahaja dapat kawan dan kemudian hilang kawan. Kawan silih berganti. Payah hendak kekal hingga mati.


my bff nur syazwana || hope our friendship will last forever - loveyou (。♥‿♥。) 

6 00 give BIG HUG to myra ღ:

Windflower said...

betul2...
saya setuju...
susah nak cari kawan yang betul2 sejati...
yang sanggup bersama kita susah dan senang... ^_^

Unknown said...

pelbagai ragam dlm kehidupan.

myrapinky michiko said...

@puteri nur afiqah betol adek kita kena jaga sahabat kita walau cmne pown kan :)

myrapinky michiko said...

@man saja pown :)

Unknown said...

betul2 . setuju sgt . kawan mmg senang cari tapi sahabat susah sgt . 1 dlm 1000 mencari sahabat bila susah dan senang ngan kita kan .:)

myrapinky michiko said...

@miss juejue aha juejue kita kena appreciate kawan yg ada dengan kita ;)